.jpg)
Wednesday, December 10, 2008
SERAGAMKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH
Moral & Etika : Seragamkan undang-undang syariah
SEMENJAK negara dijajah dan hinggalah ke hari ini, Mahkamah Syariah kerap diletakkan pada kedudukan yang lebih rendah berbanding Mahkamah Sivil.Para hakim dan pegawainya juga dipandang rendah berbanding hakim dan pegawai Mahkamah Sivil.Keadaan ini berlaku kerana Mahkamah Sivil merupakan Mahkamah Persekutuan, sementara Mahkamah Syariah adalah Mahkamah Negeri. Sekiranya Mahkamah Syariah boleh diangkat tarafnya menjadi Mahkamah Persekutuan, sudah tentu Mahkamah Negeri Syariah boleh dijadikan Mahkamah Persekutuan, maka kedudukannya boleh dinaikkan taraf sama dengan kedudukan Mahkamah Sivil.Menurut sistem perundangan negara, sebarang kesalahan berhubung dengan pentadbiran Islam tertakluk kepada undang-undang syariah (enakmen pentadbiran undang-undang Islam) yang digubal di peringkat negeri (Dewan Undangan Negeri).Jika diperhatikan enakmen pentadbiran undang-undang Islam (hukum syarak) di kebanyakan negeri, kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah enakmen tersebut meliputi kesalahan yang berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian, bersekedudukan, zina dan khalwat, meminum minuman yang memabukkan, gagal menunaikan ibadah seperti bersembahyang Jumaat dan zakat, penukaran agama dan kesalahan lain seperti mengajar agama tanpa tauliah, mengajar ajaran sesat, menghina agama, mendirikan masjid, surau atau melakukan solat Jumaat di masjid yang tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Negeri dan sebagainya.Bagi sesetengah negeri pula, peruntukan berkenaan dengan zina dimansuhkan langsung atau dipinda kepada khalwat dan mukadimah zina sahaja. Manakala meminum minuman yang memabukkan hanya dianggap sebagai satu kesalahan sekiranya dilakukan di khalayak umum.Walaupupun undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Tahun 1965 (pindaan 1984), namun dalam banyak perkara tiada keseragaman undang-undang dibuat di antara satu negeri dengan yang lain. Sebagai contoh, ada negeri yang boleh mengambil tindakan terhadap orang bukan Islam yang melakukan maksiat dengan orang Islam, dan ada yang tidak boleh mengambil tindakan. Dalam soal berpoligami pula, ada negeri membenarkan dengan mudah lelaki berkahwin lebih daripada satu (tanpa mendapat kebenaran isteri pertama).Sementara di negeri lain, proses untuk berkahwin lebih daripada satu agak rumit dan menyulitkan. Begitu juga dalam soal hukuman, ada negeri yang mengenakan hukuman sebat dan denda di atas kesalahan berzina, tetapi ada yang hanya mengenakan denda tidak sampai RM1,000.Kita terpaksa menerima hakikat bahawa dalam penyeragaman undang-undang tersebut di samping berlakunya perbezaan bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat, bahkan menjejaskan status agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Justeru itu, adalah wajar langkah segera diambil oleh pihak berkenaan agar pentadbiran dan undang-undang syariah dapat di satu, diselaras dan diseragamkan di antara kesemua negeri agar tafsiran negatif terhadap undang-undang pentadbiran Islam dihapuskan. Langkah sedemikian bukan sahaja menaikkan imej Mahkamah Syariah serta menyelesaikan banyak perkara dalam beberapa kes tertangguh, tetapi juga mengatasi kekurangan hakim dan pegawai di peringkat tersebut yang sebelum ini menyebabkan berlakunya penangguhan dan kelewatan perbicaraan, juga mencapai matlamat dan tahap keadilan yang diharap-harapkan.Bagi tujuan penyelarasan undang-undang syariah, dicadangkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa pusat, dan ahli-ahlinya terdiri daripada wakil-wakil Majlis Agama Islam Negeri, para ulama dan ahli undang-undang dengan dipengerusikan oleh seorang menteri yang dilantik untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan undang-undang syariah Malaysia.Tugas jawatankuasa ini termasuklah menggubal undang-undang untuk pentadbiran undang-undang syariah yang bukan sahaja meliputi kesalahan-kesalahan sebagaimana yang disebutkan tadi, tetapi juga melibatkan kesalahan-kesalahan jenayah Islam lain seperti murtad, mencuri, merogol, membunuh, mencederakan orang serta melemparkan tuduhan palsu zina (Qazf) yang sebelum ini kesalahan-kesalahan tersebut terkandung dalam Kanun Keseksaan Negara yang dibicarakan di Mahkamah Awam (Sivil).Draf undang-undang ini kemudiannya dikemukakan kepada Parlimen untuk diluluskan di bawah Artikel 76 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan di samping meminda peruntukan perlembagaan dan akta-akta yang menyekat pelaksanaan undang-undang syariah atau yang menyempitkan bidang kuasa serta merendahkan taraf Mahkamah Syariah. Undang-undang ini boleh diterima oleh setiap negeri dan pelaksanaannya boleh dibuat apabila diterima dan dilulus oleh Dewan-dewan Undangan Negeri dan menjadi undang-undang negeri. Undang-undang yang dicadangkan itu juga hendaklah memperuntukkan pemakaian dan pelaksanaan proses dan arahan Mahkamah Syariah di seluruh negara.Dengan cara ini satu undang-undang syariah yang selaras di seluruh negara dapat diwujudkan dengan tidak sedikit pun menjejaskan hak-hak keistimewaan dan kedudukan oleh kuasa raja-raja sebagai ketua agama Islam bagi negeri.
KONSEP WISOYAH : REALITI DAN PELAKSANAAN DI MALAYSIA
1. Pendahuluan
Segala puji bagi Allah dengan limpah dan rahmatnya. Dengan penuh rasa kesyukuran dan ketakwaan dengan ini, kami telah berjaya menyiapkan kertas kerja yang bertajuk konsep wisoyah dan realiti perlaksanaannya atau lebih dikenali sebagai konsep pengamanah harta pada hari ini menjadi perkara yang asing di kaca mata masyarakat. Begitu juga dengan konsep wasiat masih terdapat golongan masyarakat yang kurang kefahaman terhadap aspek faraid di dalam wasiat. Namun begitu usaha kerajaan di dalam membentuk masyarakat yang bertamadun dan berilmu Amanah Raya Berhad telah ditubuhkan bagi menguruskan segala perihal wasiat dan faraid di kalangan masyarakat Islam pada hari ini. Selain itu ARB dapat memberikan kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan di dalam berwasiat. Perbezaan di dalam perlaksanaan konsep wasiat lebih merujuk kepada pemberian selepas kematian si mati. Manakala wisoyah lebih merujuk kepada pengamanah harta sebelum dan selepas kematian. Amanah Raya Berhad pada hari ini tidak melaksanakan pentadbiran harta melalui konsep wisoyah
Konsep wisoyah dan relaiti perlaksanaan adalah tajuk bagi kertas kerja ini. Berdasarkan kertas kerja ini perkara yang dihuraikan adalah berkenaan dengan perbezaan konsep wasiat dan wisoyah serta prosedur perlaksanaan wisoyah yang akan dihuraikan oleh kami di dalam Bab 2 dan Bab 3. selain itu di dalam Bab 2 turut diperjelaskan berkenaan dengan realiti permasalahan yang di lema oleh Mahkamah Syariah serta realiti permasalahan yang menjadi kekangan di dalam perlaksanaan syarak. Kefahaman masyarakat terhadap perlaksanan wisoyah adalah penting bagi merealisasikan tuntutan syarak. Kefahaman dan gambaran terhadap konsep wisoyah ini akan diperjeleskan di dalam Bab 3.
Akhir kalam kami di sini mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih khususnya buat En Naziree Bin Md Yusof selaku pensyarah kami yang berkemahiran dari aspek perundangan di dalam program Diploma Syariah dan perundangan Islam yang telah memberi banyak dorongan dan tunjuk ajar kepada kami.. Sekian terima kasih.
2. Konsep wasiat dan wisoyah dari sudut makna
2.1 Pengenalan
Pada zaman Jahiliah, orang Arab melupuskan harta mereka sesuka hati sebelum kedatangan Islam datang memberi petunjuk yang berkaitan dengan wasiat ataupun pewarisan. Pewasiatan pada masa itu dilakukan secara bebas dengan mengenepikan ibu bapa, anak, dan isteri mereka. Kadangkala wasiat di buat kepada orang yang kaya dan berpengaruh.
Pewarisan harta si mati hendaklah dibahagikan kepada mereka yang mempunyai hubungan darah atau hubungan perkahwinan yang mempunyai tuntutan yang kuat bagi memperolehi hak pewarisan itu. Dengan ini, suatu pihak tidak boleh mengatasi pihak yang sepatutnya. Pembahagian harta di kalangan pihak yang menuntut menurut susunan berdasarkan kekuatan tuntutan secara semula jadi. Seperti dalam firman Allah ta’ala yang bermaksud :
“bapamu dan anakmu tiadalah kamu ketahui, siapakan di antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kapadamu”. (surah An-Nisa’ :11)
Dalam bab ini, kita dapat membezakan di antara wisoyah, wasiat, dan juga hibah yang sebelum ini kita menafsirkan bahawa wisoyah, wasiat, dan juga hibah membawa peranan yang sama tetapi sebaliknya. Dengan ini, penjelasan tentang perbezaan dalam skop pelupusan harta dapatlah kita perbetulkan penafsiran terhadap wisoyah, wasiat, dan juga hibah.
2.2 Definisi Wisoyah di dalam pengertian syarak
Wisoyah adalah suatu konsep pengamanahan dalam Islam adalah lebih tepat dan relevan dengan konsep (will) atau wasiat dalam undang-undang Sivil. Oleh yang demikian, konsep ini adalah paling sesuai untuk umat Islam merancang pusaka kerana pemegang amanah (wasi) boleh dilantik sebagai pelaksana segala arahan berkenaan pembahagian dan pentadbiran pusaka selepas kematian.
Wisoyah adalah suatu pelupusan harta yang berkonsepkan pengamanahan iaitu pewaris mengamanahkan hartanya kepada seseorang untuk diserahkan kepada penerima wasiat. Sebagai contoh, mewasiatkan harta kepada kanak-kanak yang belum mumayyiz iaitu kanak-kanak yang tidak tahu yang mana kebaikan mahupun keburukan.
Orang yang menerima wasiat mestilah mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada dia waras atau tidak, dewasa atau kanak-kanak. Sekiranya dia masih belum berupaya untuk memiliki harta yang telah diwasiatkan untuknya, harta itu boleh diterima oleh penjaga bagi penerima wasiat itu. Wisoyah sedikit berbeza dengan wasiat mahupun hibah, wisoyah menjuruskan kepada pemegang amanah untuk diserahkan kepada penerima wasiat ketika pembuat amanah tersebut masih hidup dan meninggal dunia. Wasiat pula mewasiatkan harta kepada penerima wasiat kepada waris yang masih hidup semasa pewasiat meninggal dunia, dan hibah pula bermaksud pemberian daripada orang yang masih hidup kepada golongan-golongan yang mereka kehendaki.
Rukun Wisoyah terbahagi kepada empat bahagian berikut ialah:
1. Wasiy, iaitu orang yang diamanahkan:
2. Musi, orang yang mengamanahkan (membuat amanah)
3. Muso fihi, iaitu perkara yang diamanahkan.
4. Sighah, iaitu adanya ijab dan kabul.
2.3 Definisi Wasiat
Wasiat atau wasiyyah berasal daripada perkataan Arab wasa yang bermaksud menyampaikan. Dalam kata lain, wasiat bermaksud pemberi harta oleh pemilik harta kepada orang lain yang masih hidup semasa pemberi wasiat meninggal dunia.[1] Dari segi istilah pula wasiat adalah pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak yang lain setelah dia meninggal sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak.[2] Seperti dalam firman Allah ta’ala yang bermaksud :
“ diwajibkan ke atas kamu apabila seorang daripada kamu itu hampir mati jika dia ada meninggalkan harta (hendakjlah dia) berwasiat untuk ibu bapa dan keluarga terdekat dengan cara yang baik, sebagai satu kewajipan atas orang yang bertakwa”. (surah al-Baqarah :180[3])
Wasiat berlaku apabila berlakunya penawaran daripada pewasiat dan ia bukanlah perjanjian sepenuhnya kerana pertama, dalam wasiat tidak sacara mutlak memerlukan penerimaan daripada penerima wasiat dan ia boleh ditarik balik oleh pewasiat selagi dia masih hidup. Kedua, perpindahan hak ke atas harta wasiat hanya berlaku setelah pewasiat meninggal dunia.
Wasiat terbahagi kepada dua iaitu, wasiat khas dan wasiat am. Wasiat khas ditujukan kepada seseorang tertentu sahaja melalui pernyataan persetujuan yang merupakan pembuktian bahawa tidak berlakunya penolakan daripada penerima wasiat kerana sebarang penolakan hendaklah dinyatakan dengan tegas. Wasiat am adalah penerima telalu ramai seperti kepentingan-kepetingan tertentu dalam masjid, madrasah dan sebagainya. Ia tidak perlu mendapat persetujuan daripada penerima-penerima kecuali sekiranya ada pihak yang mewakili mereka.
2.4 Definisi Hibah
Hibah bermakna pemberian pemberian daripada orang yang masih hidup kepada seseorang yang lain tanpa merampas atau mengabaikan hak warisnya dan saudara terdekat dan mesti merupakan pindah milik segera terhadap harta tanpa dikembalikan.[4] Dengan kata lain, ia merupakan pindah milik sesuatu harta tertentu tanpa menukarkan dengan cadangan tertentu di pihak orang yang membuat hibah dan penerimaan di pihak yang menerima hibah tersebut.
Apabila hibah dilakukan kepada saudara atau orang yang miskin, ia dianggap sedekah dan tidak boleh diambil kembali. Tetapi lain pula hibah kepada anak lelaki sendiri,yang masih kanak-kanak, ibunya boleh mengmbil kembali hibah tersebut selagi bapa masih hidup. Begitulah sebaliknya hibah kepada anak lelaki yang telah dewasa. Seperti sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“ Jika seseorang meminta balik pemberian, dia seperti seekor anjing yang menjilat ludahnya kembali. Contoh yang tidak baik ini tidak harus diikut oleh kita”
Wisoyah melibatkan pemberi wasiat kepada pemegang amanah dengan penerima wasiat. Wisoyah melibatkan pihak ketiga yang menjadi pemegang harta sementara sebelum diserahkan kepada penerima wasiat tersebut. Wasiat pula berlaku selepas kematian pewasiat harta tersebut dan ia tidak boleh diberi kepada waris kerana waris berhak mewarisi harta pusaka dan tidak semestinya mereka mewarisi harta pusaka menerusi wasiat.
Setiap orang Islam yang dewasa dan waras boleh membuat hibah dan ia dibuat mestilah tanpa paksaan atau tekanan daripada sesiapapun. Seseorang yang menghadapi maut tidak boleh membuat hibah kerana pada realitinya itu bukanlah hibah.
3. Konsep wisoyah dan amalanya di Malaysia
3.1 Pengenalan
Konsep wisoyah dan amalanya di Malaysia pada hari ini tidak menarik perhatian masyarakat terhadap perlaksanaanya. Ini kerana kefahaman masyarakat terhadap konsep wisoyah masih di peringkat pengenalan. Seperti yang tersedia maklum maksud wisoyah dan wasiat adalah berbeza dari aspek perlaksanaan. Akan tetapi konsep yang dilaksanakan merujuk kepada satu makna iaitu pengamanahan harta. Secara praktikal ianya dilihat berbeza. Namun demikian konsep wisoyah pada hari ini diperkenalkan bagi mengatasi masalah kefahaman dikalangan ahli waris selepas pihak pembuat wasiat itu meninggal dunia. Bab ini akan memberi penjelasan berkenaan dengan konsep wisoyah di dalam realiti perlaksanaan.
3.2 Perkembangan wisoyah dan faktor-faktor perlaksanaanya
Wisoyah bermaksud membuat pesanan atau mengamanahkan kepada seseorang untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu perkara selepas pemberi amanah itu meninggal dunia atau dalam ketiadaanya. Manakala wasiat pula bermaksud pemberian seseorang kepada seseorang selepas kematian pemberi tersebut.[5]
Sejarah perkembangan wisoyah telah diperkenalkan pada zaman para sahabat. Perlaksanaan pada zaman Khulafa’ Arrasyidin terdapat berlakunya peperangan. Maka amalan wisoyah pada zaman ini menjadi satu amalan bagi menyempurnakan tanggungjawab semasa ketiadaan mereka ketika berperang. Oleh itu mereka telah melantik seseorang untuk diamanahkan harta dan keluarga semasa ketiadaan mereka atau kematian mereka di dalam peperangan. Konsep wisoyah dengan ini jelas menepati perlaksanaan syarak pada zaman Kulafa’ Arrasyidin.[6]
Faktor-faktor perlaksanaan wisoyah membawa kepada beberapa situasi keadaan yang kebiasaannya mejadi amalan masyarakat pada hari ini. Antara salah satu faktor besar ialah masalah kesihatan. Faktor kesihatan merujuk kepada seseorang yang mengalami masalah kesihatan serta memungkinkan keadaan kesinambungan hidup berada pada tahap berjaga. Selain itu faktor ketiadaan orang yang membuat amanah. Hal ini merujuk apabila seseorang tersebut berada di luar kawasan pengawasan hartanya. Contohnya ialah A menetap di luar negara sedangkan harta dan keluarga berada di dalam negara.
3.3 Aplikasi pengurusan wisoyah di Malaysia[7]
Di dalam pengurusan wisoyah ianya melibatkan akad penyerahan amanah kepada pemegang amanah (executor). Oleh itu terdapat beberapa item yang diamanahkan untuk pembahagian dan pengagihan harta tersebut. Pengagihan ini boleh berlaku ketika mana pembuat amanah tersebut masih hidup atau semasa peninggalanya. Di antara perkara yang di agihkan ialah seperti berikut :
- Wasiat
- Harta Sepencarian
- Hibah
- Wakaf
- Nazar
- Hutang
- KWSP
- Lain-lain
Di dalam pengurusan wisoyah pada hari ini hanya diuruskan oleh agensi swasta yang berdaftar di bawah ARB seperti Zar Perunding Pusaka, OSK Trustees Bhd dan sebagainya. Di dalam pengurusan akad penyerahan amanah orang yang diutamakan adalah seperti waris jika berkemampuan. Jika tiada sesiapa yang dilantik maka agensi swasta akan menawarkan pihak-pihak tertentu di dalam pengurusan harta tersebut. Kebiasaanya adalah terdiri daripada peguam dan sebagainya. Di samping itu pihak yang dilantik oleh agensi akan mengambil keuntungan daripada pembahagian harta yang dibuat. Selain itu harta yang diuruskan oleh pemegang amanah (executor) akan sentiasa dikemaskinikan bagi memperbaharui harta yang dimiliki sepanjang kehidupanya sama ada harta tersebut meningkat dan menyusut.
Prosedur pengurusan wisoyah yang melibat urusan dokumentasi terdapat beberapa langkah yang diambil bagi melicinkan proses pengurusan tersebut antaranya:
1. Proses pertemuan dengan pihak pemegang amanah (executor) serta melibatkan proses akad.
2. Proses pemberitahuan maklumat harta serta pembahagian harta mengikut item yang ditetapkan. Contohnya: hutang, harta sepencarian.
3. Senarai waris akan ditentukan bagi memudahkan proses faraid.
4. Menetapkan kadar faraid mengikut harta yang dimilikki.
5. Senarai harta aset akan ditentukan.
6. Senarai tanggungan ditentukan
7. Menentukan pembahagian khas ke atas keluarga berdasarkan persetujuan semua pihak.
Kaedah mengemaskini harta adalah merupakan faedah yang terdapat di dalam pengurusan wisoyah. Di Amanah Raya Berhad tidak menawarkan perhidmatan yang sedemikian. Ini kerana pihak berkenaan tidak mahu menanggung beban di dalam mengemaskini harta, perlantikkan pemegang amanah dan sebagainya. Di ARB hanya menguruskan harta ketika mana pihak pembuat wasiat telah meninggal dunia. Kelemahan yang timbul di sini ialah pertambahan harta si mati tidak diketahui semasa di dalam tempoh selepas wasiat itu dibuat. Sebagai contohnya ialah penyusutan KWSP selepas pembelian rumah oleh si mati selepas wasiat dibuat. Harta yang difokuskan hanya tertumpu ketika mana wasiat itu dibuat. Permasalahan demikian mewujudkan lebihan dan masalah yang bersangkutan dengannya.
3.4 Wasiat di dalam realiti permasalahan
Wasiat adalah berasal daripada katau suruh “wassa” yang membawa erti memerintahkan, menasihatkan atau menjanjikan. Mazhab Syafi‘i berpendapat bahawa ia berasal dariapada kata sifat “wassa” yang bererti menghubungkan atau menyampaikan.[8] Islam mensyariatkan perlaksanaan wasiat adalah merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Dari segi istilah pula wasiat adalah meupakan satu pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada seseorang yang lain setelah dia meninggal sama ada melalui ucapan dan penulisan yang disaksikan oleh dua orang.[9] berdasarkan istilah berikut dapat diperhatikan bahawa Islam memandang berat terhadap aspek wasiat di dalam sesuatu pemilikkan harta. Kemaslahatan yang diperolehi dari aspek ini dapat mewujudkan perlaksanaan secara Keadilan berlandaskan syarak.[10]
Di dalam persoalan harta ianya dapat dirungkaikan kepada berberapa sifat. Iaitu sesuatu harta itu mestilah bersifat bermanfaat serta bernilai. Ini kerana sifat harta itu sendiri secara urufnya mempunyai nilai akan tetapi yang membezakannya adalah sifat kemanfaatannya. Selain itu harta adalah bersifat dimiliki dan mempunyai sifat alih dan tidak alih. Ia bertujuan bagi mengkelaskan sesuatu harta itu agar ianya bersifat sempurna. Dan akhir sekali harta itu adalah bersifat sah syarak. Ini kerana bagi memastikan sifat harta yang dijelaskan di bawah pandangan Islam dapat dipastikan dan dimanfaat secara syarak. Hukum syarak telah menetapkan bahawa wasiat tidak boleh diwarisi oleh ahli warisnya, ini kerana ahli waris telah ditetapkan pembahagian harta melalui hukum faraid. Oleh itu wasiat hanya layak kepada pihak-pihak yang selain dari ahli warisnya.[11] Ini diperkukuhkan lagi berdasar sabda Rasulullah S.A.W. dari hadis riwayat sunan Abu Daud yang telah memansuhkan ayat Al Quran berkenaan dengan al-mawaris dari surah al-Nisa’ (4):11.
Konsep wasiat pada hari ini secara realitinya dilihat bercanggah sengan tuntutan syarak. Pentadbiran wasiat di Malaysia lebih merujuk kepada sistem undang-undang Inggeris atau lebih dikenali sebagai sistem Comman Law. Oleh itu pengurusan wasiat pada hari ini telah mewujudkan kepincangan dari aspek perlaksanaannya secara syarak. Di dalam pentadbiran wasiat ianya melibatkan campur tangan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah di dalam menguruskan wasiat tersebut. Ini kerana di dalam pengurusan wasiat ianya melibatkan pengurusan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Persoalannya di sini adakah wajar bagi orang Islam di dalam hal-hal yang berkaitan dengan syarak seperti wasiat melibatkan pengurusan di Mahkamah Sivil serta sejauhmanakah Mahkamah Syariah memainkan peranan yang penting terhadap pentadbiran bagi orang-orang Islam. Secara amnya dari kaca mata masyarakat berpendapat bahawa setiap pengurusan yang melibatkan syarak perlu merujuk kepada Mahkamah Syariah. Akan tetapi hal sedemikian berlaku sebaliknya.
Di dalam permasalahan ini ianya melibatkan skop yang begitu luas sehingga melibat bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah di dalam pengurusan wasiat. Senarai Persekutuan Jadual Kesembilan Butiran 4(2) di dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan berkenaan dengan “pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat; probet dan surat mentadbir pusaka”. Ini menunjukkan Mahkamah Tinggi Sivil Mempunyai bidangkuasa di atas pengurusan wasiat. Dalam pada itu Senarai Negeri (senarai 2) dalam butiran 1 memperuntukkan berkenaan dengan “Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat”.[12] Hal sedemikian menunjukkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah turut mempunyai bidangkuasa dalam hal tersebut.
Berdasarkan kedua-dua Senarai di bawah Jadual Kesembilan terdapat perbezaan di dalam aspek pengurusan wasiat. Sebagai contohnya apabila seseorang hendak mentadbir harta prosedur utama yang perlu dipatuhi adalah merujuk kepada Mahkamah Sivil ini kerana bagi mendapatkan pengesahan surat tadbir harta yang dipohon oleh pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad (ARB) manakala prosedur yang kedua ianya melibatkan Mahkamah Tinggi Syariah untuk mendapatkan pengesahan bagi perwarisan harta wasiat tersebut.[13]
Persoalan yang timbul di sini ialah. Mengapakah Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidangkuasa di dalam mengeluarkan surat kuasa tersebut dan mengapakah ianya perlu melibatkan Mahkamah Sivil sedangkan pengurusan tersebut adalah di bawah pengurusan orang Islam. Jawapan daripada persoalan ini adalah berpunca daripada dua aspek iaitu berkenaan dengan peruntukkan itu sendiri serta fikrah Hakim yang mengikat keputusan-keputusan mahkamah terkemudian.
Berkenan dengan peruntukkan dapat diperhatikan di bawah peruntukkan Senarai Persekutuan Jadual Kesembilan perlembagaan persekutuan menyatakan berkenaan dengan “pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat; probet dan surat mentadbir pusaka” berbeza dengan Senarai Negeri (senarai 2) dalam butiran 1 memperuntukkan berkenaan dengan “Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat”. Perbezaan yang jelas diperhatikan di sini Mahkamah Tinggi Syariah hanya berbidangkuasa di dalam aspek pewarisan sahaja, ini menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah dilihat sebagai Rubber Stamp di dalam pengurusan wasiat. Manakala senarai persekutuan di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil amnya mempunyai bidangkuasa mengeluarkan surat kuasa tadbir (pemegang amanah) [14]
Permasalahan yang berikutnya adalah berkenaan dengan peruntukkan Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagaian) 1959 yang melibatkan orang bukan Islam dan orang Islam. Peruntukkan yang sedemikian diaplikasikan di Mahkamah Sivil ke atas orang-orang Islam tertakluk kepada hukum faraid. Peruntukkan yang sedemikian telah menghadkan bidangkuasa perwarisan ke atas Mahkamah Syariah.[15]
3.5 Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam
Pengurusan pentadbiran harta pusaka bagi orang-orang Islam pada hari ini lebih difokuskan dari aspek penglibatan bidangkuasa Mahkamah Sivil di dalam pengurusan harta pusaka bagi orang-orang Islam. Permasalahan yang timbul di sini ialah seseorang tersebut perlu merujuk kepada dua Mahkamah di dalam pengurusan ini. Iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.[16]
Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagaian) 1959 menjadi kekangan utama di dalam merealisasikan Perkara 121 (1A) yang telah digubal pada tahun 1988.[17] Walau bagaimanapun pindaan tersebut tidak memberi kesan yang positif di dalam pengasingan bidang kuasa ekslusif Mahkamah Syariah. Peruntukkan yang tersedia ada pada hari ini seolah hanya melepaskan batuk ditangga. Hal sedemikian dapat diperlihatkan berdasarkan kes Jumaaton dan Raja Delila lwn Raja Hizaruddin.[18]
Selain itu terdapat kekangan yang melibatkan aspek penama di dalam satu pelaburan. Mengikut undang-undang yang ada penyimpan-penyimpan harta tersebut dikehendaki meletakkan penama atau beberapa orang penama yang akan mendapat faedah dari harta itu selepas berlakunya kematian penyimpan. Di dalam aspek penamaan ianya melibatkan dua jenis harta iaitu;[19]
1) Harta Simpanan di dalam institusi Kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Nasional dan Tabung Haji dan Sebagainya; dan
2) Wang insurans nyawa yang ditinggalkan oleh si mati.
Di dalam permasalahan ini penama yang diaplikasikan pada hari ini adalah bertentangan perlaksanaan syarak. Ini kerana wang simpanan si mati adalah dikira sebagai harta pusaka dan hendaklah difaraidkan mengikut syarak. Adapun penama yang diletakkan di bawah wang simpanan ini seharusnya diaplikasikan sebagai “wasi” (pemegang amanah) bukan sebagai penerima wasiat.[20]
Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam di dalam mesyurat Majlis Raja-Raja telah mengusulkan beberapa kenyataan yang telah diluluskan supaya penama di dalam wang simpanan tersebut diaplikasikan sebagai “wasi” (pemegang amanah). Namun demikian Mahkamah Sivil hanya bersifat mendiamkan diri. Ini kerana Mahkamah-Mahkamah di Malaysia terikat dengan prinsip duluan mengkat atau binding precedent dengan merujuk kepada kes Re Man bin Minhat.[21] Oleh yang demikian bagi menilai permasalahan ini perkara yang penting diperlihatkan di sini ialah berkenaan dengan peruntukkan itu sendiri dan fikrah hakim di dalam menetapkan sesuatu penghakiman.
3.6 Kes-kes yang berkenaan
Berdasarkan kes Jumaaton dan Raja Delila lwn Raja Hizaruddin[22] dapat diperlihatkan berkenan dengan aspek kekangan di dalam bidang kuasa Eksklusif Mahkamah Syariah. Pemohon adalah terdiri darpada dua orang balu dan 10 orang anak telah memohon atas persetujuan sama kuasa pentadbiran estet si mati di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur. Amanah Raya Berhad adalah pentadbir estet tersebut secara terhad selama 4 bulan.
Dua orang daripada waris beliau telah memohon pengisytiharan daripada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur agar harta peninggalan tersebut diagih mengikut perlaksanaan faraid. Akan tetapi permohonan tersebut ditolak atas alasan Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidangkuasa membicarakan kes tersebut. Kes ini telah menjadikan bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah tidak memberikan kesan yang positif. Selain itu Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1959 menjadi kekangan di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
4. Kesimpulan
Konsep wisoyah dan realiti perlaksanaannya pada hari ini dari sudut amalannya dilihat berada di dalam keadaan yang dilema. Di sebalik itu usaha yang dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan ini hanya sekadar dipandang remeh. Amanah Raya Berhad masih lagi tidak mampu membawa perubahan yang sedemikian ini mengurangkan kefahaman masyarakat di dalam menguruskan harta melalui konsep wisoyah. Berdasarkan tajuk kerja ini dapat disimpulkan bahawasanya perlaksanaan wasiat di Malaysia pada hari ini secara praktisnya menyentuh bidangkuasa eksklusif Mahkamah Syariah di dalam perkara 121 (1A). Kekangan ini adalah disebabkan beberapa peruntukkan yang menjadi isu perbualan di dalam permasalahan ini. Secara realitinya seseorang individu perlu berhadapan dengan dua mahkamah di dalam pengurusan wasiat. Mahkamah yang dimaksudkan adalah Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Bagi mendapat surat kuasa tadbir di dalam perkara yang melibatkan harta pusaka. Manakala Mahkamah Syariah hanya sekadar menentukan pewarisan bagi orang yang berhak menerima harta pusaka tersebut.
Selain itu terdapat kekangan yang melibatkan senarai 1 (Senarai Persekutuan) dan senarai 2 (Senarai Negeri) Perlembagaan Persekutuan. Di dalam senarai 1 Senarai Persekutuan terdapat perkara yang melibat pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat; probet dan surat mentadbir pusaka berbeza dengan Senarai Negeri (senarai 2) dalam butiran 1 memperuntukkan berkenaan dengan “Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat”. Jelas menunjukkan bahawasanya bagi menguruskan harta pusaka ianya melibatkan pengurusan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
Kefahaman masyarakat adalah penting di dalam pengurusan wisoyah. Oleh yang demikian secara amalannya konsep wisoyah ini tidak dilaksanakan dengan menyeluruh di atas sebab masalah kefahaman masyarakat. Pada hari ini terdapat harta yang masih tidak dituntut di dalam lingkungan RM 3 bilion.[23] Ini disebabkan oleh permasalahan di dalam pengurusan di ARB yang masih tidak melaksanakan konsep wisoyah ini. Konsep wisoyah ini membantu masyarakat bagi mengelakkan perkelahian dan rasa tidak puas hati dikalangan waris simati. Ini kerana terapat harta yang tidak dapat dikesan selepas wasiat dibuat. Maka di atas sebab perkelahian ini harta tersebut tidak dituntut dan diuruskan dengan sempurna serta melibat ketidakfahaman masyarakat di dalam pengurusan wasiat.
5. Rujukan
1. Abdul rashid haji abdul latif. 1986. Wasiat dalam Islam. Edisi pertama. Kuala lumpur: universiti kebangsaan malaysia.
2. Ridzuan awang.1994. Undang-undang tanah Islam. Cetakkan pertama. Kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka.
3. Tajul aris ahmad bustami dkk. 2005. Kaedah perundangan bidangkuasa dan tatacara mahkamah syariah. Cetakkan pertama. Kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka.
4. Abdur rahman i.doi. 2003. Undang-undang syariah. Cet.2. Dewan bahasa dan pustaka : kuala lumpur.
Akta probet dan pentadbiran 1959
Akta harta pusaka kecil (pembahagian) 1959
Syarikat pemegang amanah harta wasiat. 2007. http://www.osktrustees.com.my/ html. 05 Julai 2007
wasiat. 2007. www.mahsuri.com.my. 05 Julai 2007.
Prosedur pengurusan wasiat. 2007. www.arb .com.my. 5 Julai 2007.
10. Abdul monir yaacob. 1999. Pentadbiran harta menurut Islam. Cetakkan pertama. Kuala lumpur: institut kefahaman Islam malaysia.
11. Perlembagaan persekutuan. Hingga 12 september 2003. Bandar damansara perdana petaling jaya. International law book service.
12. Abdul Aziz bin Hassan. 2006. The Wisoyah Doctrine. The 4E Journal. August.
13. Al Syeikh Shamsudin Muhammad bin Ahmad al Syarbiniyal Khatib. 977 H. Mughni al Muhtaj. Jilid Ketiga. Lubnan.
[1] ‘Abdur Rahman I.Doi. 2003. Undang-undang Syariah. Cetakkan 2. Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur. Hlm 412.
[2] Abdul rashid Hj. Abdul Latif.1986. Wasiat Dalam Islam. Universiti kebangsaan Malaysia: Bangi. Hlm. 14.
[3] Surah al-Baqarah :180
[4]Abdul rashid Hj. Abdul Latif. 1986. Op. Cit. Hlm. 419
[5] Al Syeikh Shamsudin Muhammad bin Ahmad al Syarbiniyal Khatib. 977 H. Mughni al Muhtaj. Jilid Ketiga. Lubnan. Hlmn 39
[6] Abdul Aziz bin Hassan. 2006. The Wisoyah Doctrine. The 4E Journal. August.
[7] Abdul Aziz bin Hassan. 2006. The Wisoyah Doctrine. The 4E Journal. August
[8] Abdul Rashid Haji Abdul Latif. 1986. Wasiat Dalam Islam. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlmn. 14.
[9] Ibid.
[10] Abdul monir yaacob. 1999. Pentadbiran harta menurut Islam. Cetakkan pertama. Kuala lumpur: institut kefahaman Islam malaysia. Hlmn. 84
[11] Ridzuan Awang.1994. Undang-Undang Tanah Islam. Cetakkan pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 362.
[12] Tajul Aris Ahmad Bustami dkk. 2005. Kaedah Perundangan Bidangkuasa dan Tatacara Mahkamah Syariah. Cetakkan pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 51.
[13] Ridzuan Awang. 1994. Undang-Undang Tanah Islam. Cetakkan pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 353.
[14] Tajul Aris Ahmad Bustami dkk. 2005. Kaedah Perundangan Bidangkuasa dan Tatacara Mahkamah Syariah. Cetakkan pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 47.
[15] Ridzuan Awang. 1994. Undang-Undang Tanah Islam. Cetakkan pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 348.
[16] Tajul Aris Ahmad Bustami dkk. 2005. Kaedah Perundangan Bidangkuasa dan Tatacara Mahkamah Syariah. Cetakkan pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 37.
[17] Ibid. Hlmn 40
[18] [ 1998 ] 6 MLJ 557
[19] Ridzuan Awang. 1994. Op Cit. Hlmn. 373.
[20] Ridzuan Awang.1994. Undang-Undang Tanah Islam. Cetakkan pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 372.
[21] [ 1965 ] 2 MLJ 1
[22] [ 1998 ] 6 MLJ 557
[23] Syarikat pemegang amanah harta wasiat. 2007. http://www.osktrustees.com.my/ html. 5 Julai 2007

permasalahan hukuman sebat di mahkamah syariah
BAB SATU
1.1. Pendahuluan
Secara umumnya, jenayah adalah perbuatan jahat yang ditegah oleh syarak melakukannya sama ada mengenai nyawa, tubuh badan, harta benda, maruah, akidah, penderhakaan kepada Allah, melakukan kerosakkan dimuka bumi dan lain-lain lagi. Kesalahan jenayah boleh dibahagikan kepada hudud, qisas atau diat dan ta’zir. Kesalahan- kesalahan ini apabila sabit dilakukan boleh dijatuhi hukuman yang setimpal oleh mahkamah mengikut kesalahan dilakukan.
Hudud dan qisas adalah jenis hukuman yang tidak boleh dipinda sama ada oleh hakim atau pemerintah kerana bentuk hukumannya telah ditetapkan oleh syarak dan dilaksanakan bagi tujuan menjaga hak Allah dan individu. Bagi keadaan tertentu dalam kesalahan hudud dan qisas, hukuman ta’zir boleh dikenakan apabila yang dilakukan tidak memenuhi syarat-syarat. Ta’zir adalah jenis hukuman yang boleh ditentukan oleh pemerintah tentang jenis dan kadarnya dan mahkamah boleh menentukan bentuk hukuman bagi kesalahan yang tidak ditetapkan oleh syarak iaitu hadd atau kaffarah supaya membolehkan pemerintah menyediakan undang-undang untuk menjaga maslahat umum yang mungkin berbeza, bergantung kepada keadaan masa dan tempat.
Hukuman ta’zir boleh diadakan dalam berbagai bentuk sama ada ringan atau berat seperti amaran, celaan atau hukuman yang mengenai tubuh badan seperti penjara,sebat sehingga hukum bunuh dan hukuman ta’zir juga terserah kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.Hukuman ta’zir adalah denda, penjara dan sebat. Mengenai dengan hukuman ke atas kesalahan-kesalahan jenayah islam, enakmen Jenayah Syariah memperuntukkan hukuman ta’zir dan bukan hukuman haddf walaupun di antara kesalahan-kesalahan yang boleh membawa hukuman had.
Bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk hukuman kealahan ta’zir tertakluk kepada Akta Mahkamah Syariah ( Bidang kuasa Jenayah) 1965 dan Akta Mahkamah Syariah ( Bidang kuasa jenayah ) ( Pindaan) 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun ataub denda tidak melebihi lima ribu ribu ringgit atau sebatn tidak melebihi enam rotan atau kombinasi mana-man hukuman tersebut.
Di Mahkamah Syariah pada hari ini, kebiasaan hukuman ke atas kesalahan- kesalahan ta’zir yang dijalankan adalah hukuman denda sahaja sedangkan jenis hukuman ta’zir yang dianjurkan oleh islam adalah penjara dan sebatan termasuk denda. Hukuman sebat adalah antara jenis hukuman yang diperuntukkan dalam Enakmen Kanun Kesalahan Jenayah Syariah. Akan tetapi hukuman sebat boleh dikatakan belum dijalankan di Mahkamah Syariah walaupun peruntukkan mengenai hukuman sebat telah ada sejak pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah ( Bidang kuasa Jenayah ) ( Pindaan) 1984.
Pada umumnya hukuman yang ditetapkan ke atas kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah adalah didahulukan dengan denda atau hukuman maliyah dan bukan badaniyah yang mana mendorong hakim-hakim di Mahkamah Syariah untuk lebih cenderung menghukum seseorang pesalah dengan hukuman denda sahaja, seolah-olah tiada peruntukkan lain.
Maka disini, timbullah banyak permasalahan bagi perlaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah kerana hakim-hakim di Mahkamah Syariah itu sendiri lebih cenderung menghukum seseorang pesalah dengan hukuman denda sahaja, seolah-olah tiada peruntukkan lain. Jadi, permasalahan perlaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah akan kami buat dalam kerja kursus ini.
1.2. Sejarah Perlaksanaan Hukuman Sebat Di Malaysia
Perlaksanaan hukuman sebat di Malaysia terutamanya di Mahkamah Syariah yang mana boleh merujuk pada zaman dahulu iaitu zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mana pada masa itu semua undang-undang yang melibatkan kesalahan jenayah islam telah dikanunkan. Kandungan undang-undang yang t dikanunkan tersebut adalah tentang Undang-undang Jenayah, Acara Jenayah dan Keterangan dan Undang-undang Kontrak dan Tort. Pada masa itu juga perlaksanaan undang-undang jenayah islam seperti yang ditetapkan oleh islam iaitu hudud, qisas dan ta’zir dapat dijalankan dengan sepenuhnya sepertimana dalam Hukum Kanun Melaka 7.2. menyatakan hukuman ke atas pencuri yang mana sesorang pesalah yang mencuri akan dipotong tangan.
Di sini juga, boleh merujuk kepada zaman kedatangan British. Semasa kedatangan British, Enakmen Jenayah Syariah tidak lagi berkuatkuasa kerana demi sedikit dan secara beransur- ansur prinsip undang- undang Inggeris dimasukkan ke dalam sistem pentadbiran, perundangan dan kehakiman sehingga peruntukkan undang-undang jenayah islam adalah terhad dan di perjelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana diperuntukkan dalam Jadual ke- Sembilan Senarai II Negeri. Jadual tersebut memperuntukkan bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan jenayah Islam adalah terhad. Iaitu penjara tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebihi 5,000 ringgit dan sebat tidak melebihi 6 kali sebatan.
Maka disini, kita dapat lihat bahawa perlaksanaan hukuman sebat telah di jalankan sejak zaman dahulu lagi iaitu zaman kesultanan Melayu Melaka lagi yang mana telah menjalankan hukuman jenayah islam yang ditetapkan oleh Islam. Iaitu hudud, qisas dan ta’zir. Kerana daripada itu, hukuman sebat adalah sebahagian daripada hukuman ta’zir.
Selepas kedatangan penjajah British, undang-undang jenayah islam yang telah ditetapkan oleh islam telah diterhadkan. Yang mana hukuman hudud dan qisas dimasukkan dalam sebahagian hukuman ta’zir untuk jenayah islam. Dan juga hukuman ta’zir telah diterhadkan sepertimana telah diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan iaitu 3 tahun penjara, 5 ribu denda dan 6 kali sebatan untuk kesalahan jenayah islam yang kecil sahaja. Iaitu khalwat.
1.3. Definisi Sebat
1.3.1. Dari segi bahasa
Iaitu Jalada yang bererti pukulan dengan cemeti iaitu hukuman sebat untuk orang yang melakukan kesalahan. Ia adalah pukulan yang menggunakan rotan untuk mendidik. [1] Selain itu, Jalada iaitu hukuman sebat yang bermaksud pukulan atau hentakan dari rotan di kepala atau perutnya. Mijlad ialah tangan yang menampar muka. Jalada pula bermaksud kental, kesabaran tau keras hati.[2]
Dalam Kamus Bahasa Arab[3] sebat bermaksud pukulan dengan pedang atau cemeti atau dengan menggunakan kulit. Menurut Eksiklopedia Fiqh[4], sebat dari segi bahasa ialah pukulan menggunakan cemeti.
Definisi hukuman menurut Kamus Dewan ialah penderitaan dan sebagainya yang dikenakan ke atas orang yang melakukan kesalahan melanggar undang-undang atau keputusan yang dibuat oleh Tuhan, hakim, kerajaan dan sebagainya.[5] Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan[6], pula hukuman dibahagikan kepada 6 definisi iaitu:
i-Pertimbangan yang dibuat oleh hakim dalam mahkamah, keputusan, ketentuan dan ketetapan hakim.
ii- Ganjaran atau bahasa.
iii- Aniaya, deraan atau seksaan.
iv- Pengajaran, pukulan untuk mengerjakan seseorang.
v- Denda atau deraan tidak boleh keluar rumah.
vi- Penderitaan.
Definisi sebat menurut Kamus Besar Melayu Utusan[7] ialah pukulan dengan menggunakan rotan, memiat, belasah, sesah atau bedal.
1.3.2 Sebat dari segi istilah:
Sebat dari segi istilah pula bermaksud seseorang memukul menggunakan cemeti atau pedang ketika melaksanakan hukuman keatas orang yang melakukan kekejaman dan kekerasan terhadap individu lain.[8] Sebat juga beerti memukul dengan rotan sebagaimana yang diperintahkan oleh pemerintah.[9] Selain itu, sebat mempunyai makna yang sama menurut bahasa iaitu pukulan dengan cemeti( rotan).
Hukuman sebat adalah hukuman yang telah ditetapkan. Pemerintah tiada kuasa untuk mengurangkan atau menambah hukuman tersebut kerana sebab-sebab tertentu atau keadaan-keadaan tertentu. Dia juga tidak boleh menggantikan hukuman itu dengan hukuman yang lain kerana dia tidak berhak untuk memberi keampunan atau keringanan terhadap hukuman yang dijatuhkamn.[10] Ia juga adalah satu pukulan dengan menggunakan cemeti atau cambul yang tidak member kesan ditubuhnya.[11]
1.4 Syarat –Syarat Perlaksanaan Hukuman Sebat.
1.4.1 Syarat-Syarat Pesalah
1.4.1.1Bagi Kesalahan Zina.
i-Baligh. Seseorang yang belum baligh tidak dilaksanakan hukuman had keatasnya.
ii-Berakal. Tidak dilakasanakan hukuman bagi penzina yang gila.
iii-Muslim. Menurut Mazhab Maliki, penzina haruslah seorang Muslim.
iv-Tiada paksaan. Melakukan dengan keinginannyasendiri tanpa dipengaruhi oleh Sesiapa.
v- Seorang manusia. Pasangan bagi penzina itu adalah seorang manusia lelaki atau perempuan bukan dengan seekor binatang.
vi- Dewasa. Penzina perempuan yang mampu disetubuhi. Jika seorang yang masih kecil dan tidak mampu disetubuhi, maka lelaki dan perempuan tersebut tidak dikenakan hukuman.
vii- Bukan Shubhah. Tiada Shubhah didalam persabitan yang berlaku.
vii- Mengetahui Hukum. Oarang yang melakukan zina mengetahui hukum perbuatan tersebut adalah haram.
ix- Bukan orang kafir yang hadap di bawah pemerintahan orang islam.
x- Masih hidup. Penzina perempuan masih hidup ketika berlakunya zina.[12]
1.4.1.2Syarat-Syarat Pesalah Bagi Kesalahan Meminum Arak.
i-Mukallaf. Tidak dikenakan hukuman terhadap kanak-kanak dan orabg gila. Sebagaimana dalam ibadat, hanya diwajibkan kepada mukallaf sahaja. Ini kerana hudud adalah menjaga hak Allah.
ii- Dengan kerelaan. Pesalah berkenaan meminum arak adalah dengan kehendaknya sendiri. Apabila seseorang itu dipaksa meminum arak, hukuman tidak boleh dilaksanakan terhadapnya.
iii- Mengetahui hukum. Peminum arak hendaklah mengetahui apa yang diminumnya itu boleh memabukkan dan membawa mudarat kepadanya. Sekiranya ia jahil, maka ia tidak dihukum.[13]
1.4.2 Syarat Penyebat.
Ulama telah bersepakat bahawa penyebat adalah seorang imam ( pemerintah) atau naibnya kerana had itu ialah hak Allah yang disyariatkan untuk kepentingan umum dan diijtihadkan. Hukuman tersebut tidak boleh dijalankan oleh orang tidak berpengetahuan mengenainya tetapi mestilah dijalankan oleh orang yang dilantik oleh orang ramai untuk memimpin sesebuah negara yang sudah tentu berpengetahuan luas dalam semua bidang.[14]
Apabila hukuman tersebut diserahkan kepada timbalan pemerintah, pemerintah tidak disyariatkan untuk hadir ke majlis penghukuman tersebut kerana Rasullah pada kebiasaanya tidak hadir. Tetapi keizinanya pemerintah wajib sebelum sesuatu hukuman dijalankan sebagaimana dilakukan pada zaman Rasullah dan zaman sahabat.[15]
1.4.3 Kedudukan Pesalah.
Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa kedudukan pesalah ketika dijalankan hukuman adalah berdiri bagi pesalah lelaki. Pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Shafi’ie dan Imam Ahmad pula mengatakan, jika pesalah itu seorang perempuan ia hendaklah duduk kerana lebih terpelihara auratnya.[16] Apabila pesalah tidak berhenti bergerak atau tidak bersabar ketika hukuman dijalankan, ia boleh diikat pada tiang atau memegangnya, ia adalah pendapat Imam Malik.[17]
1.4.4 Keadaan Pakaian Pesalah.
Pesalah lelaki atau perempuan tidak akan ditelanjangkan supaya tidak terdedah aurat mereka.[18] Sekiranya pakaian yang dipakai tebal dan menyebabkan pesalah tidak berasa sakit dengan pukulan tersebut, maka hendaklah ditukar dengan pakaian yang lebih nipis.[19] Imam Malikl Dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa pesalah tidak berpakaian kecuali pakaian yang menutup auratnya sahaja. Manakala Imam Shafi’e dan Imam Ahmad mengatakan pesalah akan memakai pakaian sama ada baju kemeja, baju berbulu atau baju yang labuh.[20]
1.4.5 Alat Yang Digunakan.
Alat yang digunakan adalah cemeti ( Rotan). Cemeti bukan dari cemeti yang basah dan cemeti yang pecah atau bercabang. Jika menggunakan cemeti yang pecah atau bercabang, sebatan akan dikira mengikut bilangan cabang-cabang yang ada pada cemeti itu.[21]
1.4.6 Cara Menyebat Pesalah.
Ahli Fiqh telah bersepakat bahawa cara menyebat pesalah ialah dengan pukulan yang sederhana, tidak terlalu lembut atau kuat. Penyebat tidak mengangkat tangannya hingga melebihi kepala sehingga menampakkan ketiak kerana akan menyebabkan pukulan tersebut menjadi terlalu kuat dan akan memudaratkan pesalah.[22]
1.4.7 Anggota Yang Dikenakan Hukuman.
Ahli Fiqh telah bersepakat anggota yang tidak dipukul ketika hukuman dijalankan ialah muka dan kemaluan.[23] Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.:
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: إذا قاتل أحدكم فليجتنب الوجه..
Maksudnya:
“ Apabila memukul salah seorang dari kamu maka jauhilah mukanya.”
Dan begitu juga pada kepala kerana dikuatiri akan membawa kemudaratan kepada pesalah. Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad Dan Abu Yusof berpandangan bahawa apabila ingin memukul di kepala, pukullah sekali sahaja. Mazhab Imam Ahmad pula mengatakan bahawa jauhilah bahagian perut. Manakala, Mazhab Hanafi mengatakan jauhilah bahagian-bahagian yang boleh membahayakan nyawa.[24] Apabila di pukul di bahagian kemaluan pesalah, maka ia boleh membawa maut. Muka adalah tempat yang terhimpun segala kebaikan dan kecantikan. Tidak boleh mengenakan hukuman pada satu anggota sahaja kerana ia akan merosakkan atau mengoyakkan anggota badan.[25]
1.4.8 Tempat Perlaksanaan.
Menurut Ulama Mazhab Hanafi dan Hanbali, hukuman hendaklah dilakukan secara terbuka yang ditonton oleh orang ramai.[26] Sebagaimana Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. ( Surah An Nur : Ayat 2 )
Hukuman ini dijalankan di kawasan terbuka sebagaimana hukuman rejam dijalankan. Tujuannya adalah untuk menginsafkan sesiap yang hadir untuk melihat hukuman tersebut dijalankan dan mendidik mereka supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Ketika perlaksanaan hukuman memadai seorang sahaja penyebat yang menjalankan hukuman. Tetapi berbeza pada bilangan yang hadir untuk menyaksikan hukuman. Ulama Shafie dan Maliki mengelakkan orang ramai hadir menyaksikan perlaksanaan hukuman sekurang-kurangnya seramai empat orang.[27]
1.4.9 Keadaan Cuaca.
Keadaan cuaca ketika menjalankan hukuman tidak terlalu panas dan tidak terlau sejuk. Sekiranya cuaca terlalu panas atau sejuk, maka hukuman akan ditangguhkan sehingga keadaan cuaca sesuai untuk menjalankan hukuman. Ia telah disepakati oleh Ahli Fiqh. Apabila menjalankan hukuman ketika cuaca terlalu panas atau sejuk, ditakuti penyebat akan menjalankan hukuman tanpa mematuhi syarat-syarat yang telah di tetapkan.[28]
2.1 Pendahuluan
Islam telah mengajar manusia tentang balasan dosa dan pahala atau syurga dan neraka untuk mencegah mereka daripada melakukan kejahatan dan menggalakkan mereka mereka memperbanyakkan kebaikkan. Di kalangan manusia terdapat segelintir yang masih melakukan kejahatan tanpa menghiraukan balasan akhirat tadi. Justeru, undang-undang atau hukuman diperlukan untuk menghukum dan mengajar manusia yang degil supaya tidak melakukan jenayah dan dapat memberi pengajaran kepada masyarakat.
Hukuman dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. iaitu hudud, qisas, diat dan kaffarah. Bahagian kedua ialah hukuman yang tidak ditetapkan oleh Allah s.w.t tetapi diserahkan kepada budi bicara pemerintah dan hakim untuk dilaksanakan berdasarkan diri pesalah, keseriusan jenayah dan sebagainya. Bahagian ini dinamakan bahagian ta’zir. Ta’zir pula mempunyai banyak bahagian antaranya hukuman sebat yang akan diperbincangkan tentang permasalahan pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah.
1.2 Masalah Pelaksanaan Hukuman Sebat di Mahkamah Syariah
Pelaksanaan hukuman sebat di Malaysia bukanlah menjadi suatu perkara yang asing dalam penghakiman di mahkamah sivil tetapi ia menjadi suatu hukuman yang aneh dalam penghakiman di Mahkamah Syariah walaupun peruntukan sebatan telah diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak melebihi enam sebatan dan telah diperuntukkan oleh enekmen negeri-negeri mengikut kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh pesalah. Hukuman sebat tergolong dalam kesalahan-kesalahan ta’zir yang telah disyariatkan dalam al-Quran, hadis dan ijma’. Firman Allah s.w.t. :

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri [289] ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka) [290]. Wanita-wanita yang kamu kuatirkan nusyuznya [291], Maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya [292]. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.
[289] Maksudnya: tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya.
[290] Maksudnya: Allah telah mewajibkan kepada suami untuk mempergauli isterinya dengan baik.
[291] Nusyuz: iaitu meninggalkan kewajipan bersuami isteri. nusyuz dari pihak isteri seperti meninggalkan rumah tanpa izin suaminya.
[292] Maksudnya: untuk memberi pengajaran kepada isteri yang dikuatirkan pembangkangannya haruslah mula-mula diberi nasihat, bila nasihat tidak bermanfaat barulah dipisahkan dari tempat tidur mereka, bila tidak bermanfaat juga barulah dibolehkan memukul mereka dengan pukulan yang tidak meninggalkan bekas. bila cara pertama telah ada manfaatnya janganlah dijalankan cara yang lain dan seterusnya.
Walaupun Islam mensyaraitkan hukuman sebat dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah-pesalah jenayah. Namun, terdapat masalah-masalah dalam melaksanakan hukuman itu di Mahkamah Syariah di Malaysia. Masalah-masalah tersebut dapat dilihat daripada dua aspek iaitu aspek Undang-undang di Malaysia dan aspek pelaksanaannya.
Pada aspek Undang-undang di Malaysia, satu faktor utama yang dapat dilihat iaitu perbezaan antara undang-undang sivil dan undang-undang jenayah Islam yang mana undang-undang sivil memperuntukkan bahawa 3 kategori ini tidak boleh dikenakan hukuman sebat iaitu lelaki yang berusia lebih 50 tahun ke atas, wanita dan pesalah yang telah dikenakan hukuman gantung sampai mati manakala Enekmen Jenayah Syariah pula ada memperuntukkan bahawa wanita juga boleh dikenakan hukuman sebat. Antara seksyen yang memperuntukan hukuman sebat itu adalah seksyen 23(1) iaitu perempuan yang melacurkan dirinya.
Kekurangan peruntukan di dalam enekmen sebagai contoh Enekmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 juga merupakan faktor kesukaran dalam merealisasikan hukuman sebat. Dalam enekmen ini hanya 7 seksyen sahaja yang telah diperuntukan bagi hukuman sebat daripada 37 seksyen berkenaan kesalahan jenayah di Mahkamah Syariah.
Kelonggaran perincian dalam menggubal enekmen jenayah ini menjadi penyebab utama dalam memperuntukan hukuman sebat pada kesalahan-kesalahan yang patut dan perlu kepada pelaksanaan hukuman sebat dalam kesalahan-kesalahan yang memerlukannya seperti kesalahan berhubung dengan ajaran sesat.
Peruntukan-peruntukan itu ialah; seksyen 11 berkenaan memusnahkan, merosakkan atau mencemarkan masjid, surau atau tempat beribadat dengan niat mempersendakannya, seksyen 22 memperuntukkan tentang kesalahan perilaku sumbang mahram, seksyen 23 (1) berkenaan perempuan melacurkan diri, seksyen 23 (2) berkenaan dengan orang yang melacurkan orang lain, seksyen 24 berhubung kesalahan mencukari, seksyen 25 pula, lalaki bersetubuh dengan bukan isterinya subseksyen (2) berkenaan perempuan bersetubuh dengan bukan suaminya, seksyen 26 memperuntukkan tentang kesalahan orang yang telah bersedia untuk melakukan persetubuhan luar nikah dan seksyen 28 berkenaan dengan persetubuhan luar tabi’i. Semua kesalahan berkenaan yang dinyatakan di atas boleh dihukumkan dengan 3 tahun penjara, denda 5 ribu ringgit dan 6 sebatan.
Walaupun peruntukkan hukuman sebat telah diperuntukkan tetapi ia masih belum dapat menyadarkan masyarakat kerana peningkatan kes-kes berkenaan kesalahan jenayah syariah makin meningkat. Dengan ini, skop dan bidang kuasa hakim dalam mengenakan hukuman sebat kepada pesalah jenayah syariah adalah sempit dan terbatas.
Aspek pelaksanaan hukuman sebat pula dapatlah dilihat kepada peranan hakim dalam menjatuhkan hukuman sebat kepada pesalah-pesalah jenayah syariah. Berhubung dengan peranan hakim, dapat dilihat bahawa hakim tidak menjatuhkan hukuman sebat kepada pesalah jenayah syariah tetapi hanya menjatuhkan hukuman denda atau penjara sahaja. Ini mungkin disebabkan percanggahan antara hukum syara dengan undang-undang Malaysia dalam melaksanakan hukuman itu.
Aspek kepakaran dalam melakukan hukuman sebat telah menjadi tanda tanya yang mana, sekiranya pesalah jenayah syariah telah djatuhkan hukuman sebat, adkah cara menyebat itu mengikut hukum syara atau pun berlandaskan undang-undang sivil? Kepakaran dalam melaksanakan hukuman itu di penjara adalah tidak wujud kerana dalam penjara, pelaksanaan hukuman sebat hanya berlandaskan undang-undang sivil.
Permasalahan yang seterusnya dapatlah dilihat kepada penghakiman. Sekiranya hakim menjatuhkan hukuman sebat tanpa mengkombinasi hukuman itu dengan memenjarakan pesalah itu, bagaimanakah hukuman itu hendak dilaksanakan? Sedangkan hukuman sebat hanya boleh dilakukan di dalam penjara sahaja, ini telah bertentangan dengan hukum syara yang mana hukuman sebat mestilah dilakukan di khalayak ramai dengan tidak mencederakan pesalah itu. Ini bertentangan dengan pelaksana hukuman sebat di penjara yang mana hukuman ini tidak mempunyai cara menyebat yang khusus dan tidak bertentangan syara.
Dengan ini, hakim mestilah menjatuhkan hukuman sebat dengan mengkombinasi hukuman itu dengan pemenjaraan. Tetapi, sekiranya hakim menjatuhkan hukuman penjara walaupun sahari, pesalah itu telah di anggap sebagai banduan. Status pesalah itu hendaklah di ambil kira dalam penghakiman kerana seseorang yang telah di anggap sebagai banduan, dia mungkin akan dipecat dalam pekerjaan sekiranya pesalah itu adalah penjawat awam.
Aspek yang seterusnya dapatlah dilihat kepada semasa pelaksanaan hukuman sebat apabila berlaku di penjara yang tidak mempunyai kepakaran mengikut hukum syara. Kawasan pukulan apabila menyebat pesalah adalah pada badan pesalah bukannya pada punggung seperti yang dikenakan kepada pesalah undang-undang sivil. Ini telah bertentangan dengan hukum syara.
Pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah amatlah perlu kerana pada hari ini, peningkatan kes-kes berkenaan dengan jenayah syariah semakin meningkat. Bagi menyedarkan masyarakat, hukuman ini amatlah patut dan perlu dilaksanakan mengikut ajaran Islam yang sebenar. Pindaan enekmen-enekmen mahupun akta (bidang kuasa Mahkamah Syariah) mestilah dilakukan supaya hukuman sebat di Mahkamah Syariah dapat direalisasikan seperti yang dituntut oleh syara.
Subscribe to:
Comments (Atom)